Wednesday, 4 April 2012

PERMOHONAN DAN PELAKSANAAN WARAN TANGKAP KES MAL DI LUAR BIDANG KUASA

Nama dan pemakaian

1.         (1)       Garis Panduan ini bolehlah dinamakan Garis Panduan Permohonan dan Pelaksanaan Waran Tangkap Kes Mal di luar bidang kuasa.

            (2)       Garis Panduan ini hendaklah terpakai bagi apa-apa Permohonan dan pelaksanaan waran tangkap Kes Mal di luar bidang kuasa, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta/Enakmen/Ordinan Tatacara Mal Dan Jenayah Syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri. 

Tatacara pelaksanaan waran tangkap Kes Mal di luar bidangkuasa

2.         (1)       Apabila menerima Perintah Mahkamah yang dikeluarkan dengan menggunakan Borang 3, Pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah memastikan―
(a)       waran tangkap telah diendors oleh Mahkamah yang berbidang kuasa dengan perkataan ”Saman/Waran/Perintah Kes Mal Bil...........Tahun........ yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah/Tinggi/Rayuan Syariah Negeri ........(Negeri Pengeluar).... hendaklah disampaikan/dilaksanakan dalam Negeri........(Negeri Penerima).......” dan mematuhi peruntukan tindakan bersaling;
(b)       waran tangkap diendorskan dengan jaminan dan penjamin atau penjamin-penjamin (jika ada); dan
(c)       tarikh perbicaraan tidak terlalu hampir, sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh perbicaraan. Walau bagaimanapun, jika tarikh perbicaraan yang ditetapkan kurang dari tempoh 14 hari, laporan waran tersebut hendaklah dihantar kepada Mahkamah yang mengeluarkannya.
(2)      Jika Pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan menerima waran tangkap tanpa pengendorsan perintah bersaling, Pegawai itu hendaklah menghantar waran tangkap tersebut ke Mahkamah yang berbidangkuasa, di mana orang yang terhadapnya waran tangkap dikeluarkan berada atau dipercayai berada bagi mendapatkan pengendorsan perintah bersaling. Bagi tujuan ini, Arahan Amalan No. 10 Tahun 2005 – Pengendorsan Perintah Bersaling yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah terpakai.  
(3)       Sekiranya waran tangkap tidak ada tandatangan pengesahan atau tidak diendorskan dengan amaun jaminan, Pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah menganggap waran tersebut adalah sempurna dan waran tangkap tersebut dilaksanakan sebagai tanpa jaminan.
(4)       Semasa melaksanakan waran tangkap, Pegawai yang melaksanakan waran itu hendaklah mengemukakan waran atau salinannya (jika dikehendaki) dan memberitahu isi kandungan waran tersebut.

Waran tangkap yang diendors dengan jaminan

3.         (1)       Jika waran tangkap diendors dengan jaminan, Pegawai yang melaksanakan waran tangkap tersebut hendaklah tanpa kelengahan membawa orang yang ditangkap dengan waran ke Mahkamah yang terdekat berserta dengan Borang Laporan Waran Tangkap.
(2)                          Pegawai tersebut hendaklah memastikan perkara-perkara yang berikut:

  1. jika orang yang ditangkap tidak bersedia atau tidak sanggup memberikan jaminan, orang itu hendaklah dipindahkan ke Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu dengan segera; 

  1. Jika perkara di bawah subperenggan (a) tidak dapat dilaksanakan, Pegawai tersebut hendaklah mendapatkan waran penahanan dari Mahkamah untuk menahan orang itu di penjara/lokap polis.

  1. jika orang yang ditangkap itu bersedia dan sanggup memberikan jaminan yang memuaskan hati Mahkamah, orang itu hendaklah dilepaskan dengan bon atau jaminan. Mahkamah yang mengambil bon atau jaminan tersebut hendaklah mengemukakan bon atau jaminan itu ke Mahkamah yang  mengeluarkan waran itu.

            (3)       Walau apapun perenggan 4(2)(c), Pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan boleh mengambil bon atau jaminan jika sesuatu waran diendorskan dengan amaun jaminan dan selepas itu Pegawai tersebut hendaklah mengemukakan bon atau jaminan itu ke Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu.   

Tatacara waran tangkap yang tidak dapat dilaksanakan

4.               Sekiranya waran tangkap tidak dapat dilaksanakan, Pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengisi Borang Laporan Waran Tangkap dengan menyatakan alasan-alasan waran tersebut tidak dapat dilaksanakan dan mengemukakannya kepada Mahkamah yang mengeluarkan waran berkenaan.

Tempoh kuat kuasa waran tangkap

5.         Tiap-tiap waran tangkap hendaklah berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.


Rujukan muktamad

6.         Jika terdapat apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan atau tidak dinyatakan dengan jelas dalam Garis Panduan ini, Pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah merujuk kepada Akta/Enakmen/Ordinan Tatacara Jenayah Syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri.
Cth: 


Wednesday, 28 March 2012

Harapan Baru Mahkamah Syariah

Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Sokong Syariah (Gesa) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut supaya Parlimen menyemak semula Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Disemak - 1988). Akta ini yang terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia membantutkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Malah ia bertaraf jauh lebih rendah dari undang-undang sivil.

Mengikut bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah yang sedia ada, di bawah undang-undang negeri, undang-undang tersebut hanya terpakai  ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam.

Akan tetapi ia terikat dengan syarat tidak boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau, denda melebihi lima ribu ringgit atau, sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Bukan sahaja status ini menempatkan Mahkamah Syariah masih berada di tahap lebih rendah dari Mahkamah Sivil, malah akta yang wujud itu sendiri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kerana menurut Senarai 11 dalam jadual sembilan Perlembagaan Persekutuan, kuasa agama adalah terletak dalam bidang kuasa negeri. Jadi bagaimana sebuah akta diujudkan yang boleh menjejaskan kuasa negeri.

Jika Malaysia hendak memajukan status syariah di negara ini maka ia tidak boleh membiarkan undang-undang syariah terikat dan statik seperti yang berlaku sekarang.

Sesungguhnya perkembangan zaman dan keadaan semasa menuntut supaya Akta yang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah diubah.

Secara bandingan, soal binatang sahaja terdapat 6 buah akta. Kadar denda di bawah Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) bagi kesalahan mendera haiwan  telah diperketatkan.

Ternyata  ada inisiatif untuk menaikkan hukuman kepada pendera binatang kepada cadangan denda yang lebih tinggi menunjukkan betapa rendahnya undang-undang syariah di negara ini bila undang-undang syariah hanya boleh mendenda maksima RM5,000 sahaja.

Gesa dan Mapim tidak boleh menerima samasekali kedudukan ini sedangkan Mahkamah Syariah sudah melalui pelbagai penambahbaikan dari segi prasaran dan pengurusan.

Persepsi dan hormat masyarakat terhadap undang-undang syariah ternyata sangat rendah kerana keadaan tersebut. Apatah lagi untuk menjadikan undang-undang syariah  dihormati dalam masyarakat, ia jelas tidak akan mampu menjadi undang-undang yang mengekang (deterant) selagi kuasa menghukum oleh Mahkamah Syariah  sangat terbatas.

Tidak mengejutkan jika pelbagai jenayah yang serius pada pandangan Islam seperti khalwat, kesalahan zina, bersekedudukan, musahaqah (lesbian), liwat, murtad, perbuatan membuang bayi, hamil luar nikah dan masalah tukar agama merupakan gejala sosial masa kini yang berleluasa.

Undang-undang syariah yang sepatutnya mempunyai keupayaan menyekat jenayah-jenayah tersebut dengan jauh lebih berkesan dari undang-undang sivil ternyata tidak mampu memberi bekas sewajarnya jika statusnya berada dalam keadaan yang sedia ada.

Gesa dan Mapim mendapati pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang terakhir dilakukan pada tahun 1988 iaitu 24 tahun yang lalu. Ini sudah tentu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Malah jika syariah ingin dijadikan sistem yang unggul dan boleh menawarkan penyelesaian yang terbaik kepada kemelut sosio-ekonomi dan politik umat masakini, Gesa menuntut supaya Akta Mahkamah Syariah dimansuhkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Pengerusi Gesa dan Setiausaha Agung Mapim.

Monday, 26 March 2012

Perjumpaan Mesra Bersama MB Perak

Alhamdulillah ...atas kehendak dan inayah Allah SWT ..Pegawai-Pegawai Syariah Negeri Perak berkesempatan mengadap YAB Menteri Besar Perak . Allahmdulillah banyak perkara dibincangkan dan telah diperkenankan oleh YAB Dato` Seri . Semoga ianya menjadi inspirasi dan transformasi kearah memantapkan Syariah Allah .


Wednesday, 21 March 2012

Surat untuk .......

SURAT UNTUK .........

cerita pendek sebelum tidur.
aku copy and paste from satu website..bacalaa law maw baca.. law tamaw, tiada paksaan..

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com . Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Tuesday, 20 March 2012

Audit Oh Audit ...kalau lah Duit oh Duit

Salam Syariah

Selamat Datang Juru Audit Dalaman 5S

Kami masih belum bersedia untuk di audit 5S ..walaupun kecil susah nak di cantek kan ...sebab kami dah memang cantik .... nak bagi power lagi tu yg masih tak berjalan ...Insyallah target Tn Hairuddin 99% tahun ini ..so harap Tn Hairuddin pejam-pejamkan lah 2 belah mata.

Tarikh Audit

Zon Aked Yaman                        Tarikh Audit                      Audit Susulan               Pasukan Audit
Mahkamah Seri Iskandar             13.04.2012                       27.04.2012                  Pasukan 2

Perhatian

Assalamualaikum ..YAA Tuan Hakim, YA Hakim MT, YA Hakim MR , Teman-Teman Blog ini masih dalam proses Kemas Kini .. Seandai ada tersalah harap di perbetulkan, ada cadangan sila majukan ke pihak Urusetia ..Sekian Terima Kasih

Tuesday, 6 March 2012

Staff MRSSI 2012

Staff MRSSI 2012