1. Pendahuluan
Panduan ringkas ini dikeluarkan bagi
menerangkan secara ringkas berkenaan konsep pelaksanaan sulh yang telah
diperkenalkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri melalui
Kaedah Sulh Mahkamah Syariah.
2. Pengertian Sulh
Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti `putus pertengkaran’
yang membawa maksud kompromi manakala pengertian syarak membawa maksud suatu
perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan / pertikaian di
antara pihak-pihak yang beragama Islam. Di dalam amalan perundangan sivil ianya
disebut mediation. Dengan kata lain, para ulama fiqh mentakrifkan
al-Sulh sebagai satu ikatan perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai
kompromi perdamaian antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham /
bertikai. Amalan sulh juga telah diamalkan di dalam bidang mu’amalat Islam.
3. Al-Sulh Dari Sudut Perundangan
ISLAM
- Dari sudut perundangan Islam, Al-Sulh antara sesama manusia adalah sunat. Dengan demikian, tidaklah ditegah bagi seorang hakim menganjurkan sulh kepada pihak-pihak yang terlibat. Hakim boleh menggalakkan mereka supaya melakukan sulh sekiranya ada dari pihak-pihak terlibat belum mengetahui perkara atau hak sebenar. Sulh merupakan suatu anjuran yang telah diperundangkan melalui Al-Qur’an, Al-Sunnah dan Ijma’.
- Di dalam Al-Qur’an di dalam ayat 128 Surah An-Nisa’
yang membawa maksud : “…..sulh adalah satu perkara yang baik. “
Ayat ini adalah berasal daripada satu ayat panjang yang berkaitan dengan perundangan sulh atau perdamaian antara suami isteri. Terjemahan ayat tersebut adalah seperti berikut :-
Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh daripada suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya dan perdamaian itu adalah baik…
[Ayat
128 Surah an-Nisa’ ]
- Manakala di dalam al-Sunnah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Perdamaian
( sulh ) atau kompromi adalah perkara harus antara orang-orang Islam, kecuali
sulh untuk
menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal. “
menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal. “
Hadith
riwayat Ibn Hibban.
Dalam
Ijma’, para ulama sepakat memperundangkan sulh ini memandangkan kebanyakan
kontrak ada faedahnya termasuklah menyelesaikan perselisihan dan pertelingkahan
suami isteri.
4. Tatacara Pelaksanaan Sulh Di
Mahkamah Syariah
Pelaksanaan prosiding sulh bermula
apabila Mahkamah menerima setiap permohonan di bawah bidangkuasa mal seperti
permohonan cerai atau sesuatu tuntutan akibat perceraian seperti nafkah eddah,
nafkah anak dan hak jagaan anak di antara pihak suami dan isteri atau golongan
yang mempunyai pertalian sekitarnya.
Menurut Kaedah-kaedah Tatacara Mal
(Sulh) 2002 Mahkamah Syariah , beberapa prosedur akan dijalankan oleh pihak
Ketua Pendaftar / Pendaftar Mahkamah Syariah terhadap pihak-pihak yang baru
mendaftarkan permohonan / tuntutan kes.
4. Tatacara Pelaksanaan Sulh Di
Mahkamah Syariah (bersambung)
Ketua Pendaftar / Pendaftar selaku
Pengerusi Sulh akan menetapkan tarikh bagi Majlis Sulh melalui Notis Majlis
Sulh yang akan dihadiri kedua-dua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan tidak
lewat dua minggu sebelum penetapan tarikh sebutan kes. Perlu diingat, kegagalan
mana-mana pihak di dalam Majlis Sulh boleh dikenakan tindakan penghinaan
Mahkamah . Ketua Pendaftar / Pendaftar boleh mengarahkan mana-mana Pegawai Sulh
bertindak sebagai Pengerusi Sulh bagi sesuatu kes yang baru didaftarkan.
Setelah kedua-dua pihak hadir di
dalam Majlis Sulh, Pegawai Sulh akan menjalankan acara ta’aruf ringkas dan
menerangkan tujuan dan konsep al-Sulh kepada pihak-pihak hingga mereka
benar-benar memahaminya. Di dalam majlis ta’aruf awal ini pihak-pihak
digalakkan mengemukakan sebarang persoalan samada berkaitan Hukum Syarak dan
perundangan Undang-undang Keluarga Islam kepada Pegawai Sulh bagi membangkitkan
kefahaman kedua-dua pihak.
Setelah selesai ta’aruf awal,
setiap pihak dibenarkan bercakap dan mengemukakan keterangan mengikut giliran.
Proses ini memerlukan suasana tenang di antara pihak-pihak dan dijalankan dalam
keadaan sopan. Pihak-pihak tidak dibenarkan menyerang peribadi pihak lawan.
Sebelum majlis sulh dimulakan, pihak-pihak diminta membuat akujanji akan
mematuhi peraturan-peraturan ini.
Setelah diadakan majlis sulh
peringkat awal di atas, Pegawai Sulh akan menyusun dan mengurus maklumat yang
diperolehinya bagi menentukan :-
- Isu atau masalah yang perlu diselesaikan;
- Kedudukan pihak-pihak yang bertikai ;
- Kepentingan mereka ;
- Alternatif (opsyen) penyelesaian
Proses perbincangan bersama di
antara pihak-pihak bertikai akan diadakan di dalam proses ini. Walau
bagaimanapun, terpulang kepada keperluan Pegawai Sulh samada ingin mengadakan
Pertemuan Sebelah Pihak (Kaukus) berpandukan kepentingan kedua-dua belah pihak.
Perlu diingat, segala catatan Pegawai Sulh adalah RAHSIA daripada mana-mana
pihak samada hakim yang akan mendengar sebutan kes nanti.
Di akhir prosiding sulh ini, Pegawai
Sulh akan memutuskan samada sulh yang dijalankan berjaya sepenuhnya ataupun
tidak. Sekiranya Sulh berjaya, Pegawai Sulh akan menderaf satu Perjanjian
Penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak dan akan dikemukakan kepada
Hakim untuk endorsment perjanjian tersebut sebagai suatu Perintah
Persetujuan.
Lampiran 1A - Proses Kerja Sulh
JAWATAN
|
PROSES KERJA
|
Proses Pendaftaran
|
|
Pendaftar/
Penolong Pendaftar |
|
Pegawai Sulh
|
|
Pembantu Pendaftar
|
|
Hakim
|
|
Proses Pengeluaran Perintah
|
|
Pendaftar/
Penolong Pendaftar |
|
Hakim
|
|
Pendaftar/
Penolong Pendaftar |
|
MANUAL KERJA SULH
BAB 1 - PERMULAAN
Manual
Kerja ini bertujuan menjelas dan menyeragamkan prosedur yang perlu diikuti
oleh semua Pegawai Sulh dalam mengendalikan Majlis Sulh.
|
BAB 2 - OBJEKTIF
Bagi
melaksanakan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh)………2002 maka diperbuat di bawah
ini Manual Kerja Sulh untuk diguna pakai dan dipatuhi oleh Pegawai Sulh.
|
BAB 3 - KENYATAAN AWAL(AL
TAcARRUF) PEGAWAI SULH
a)
Pegawai Sulh selaku Pengerusi Majlis Sulh hendaklah meminta pihak-pihak
mengambil tempat masing –masing.
b) Pegawai Sulh hendaklah memulakan majlis dengan memperkenalkan diri, membaca surah al-Fatihah dan doa yang disarankan (rujuk Lampiran 1). c) Pegawai Sulh hendaklah memaklumkan pihak-pihak berkenaan tentang prosedur yang dipakai, sambil menimbulkan keyakinan pihak-pihak kepada proses sulh dan kepada diri Pegawai Sulh. Jika difikirkan perlu, galakkan kedua-dua pihak mengemukakan soalan sehingga Pegawai Sulh yakin mereka benar-benar faham apa yang hendak dijalankan. d) Pegawai Sulh hendaklah menyatakan bahawa matlamat sulh adalah untuk mencapai penyelesaian pertikaian mereka secara sukarela berasaskan persetujuan mereka sendiri tanpa sebarang paksaan. Pegawai Sulh hendaklah menjelaskan perbezaan antara proses Sulh dengan kaedah-kaedah penyelesaian yang lain iaitu perundingan, timbangtara dan perbicaraan. e) Pegawai Sulh hendaklah menggariskan peraturan sulh yang mesti dipatuhi antaranya:
f)
Pegawai Sulh hendaklah menggalakkan pihak-pihak berkerjasama dan berusaha
sebaik mungkin untuk mencapai penyelesaian secara damai.
g) Pegawai Sulh hendaklah menyatakan kepada pihak-pihak bahawa semua perkara yang dibincangkan dan dirundingkan di dalam Majlis Sulh ini adalah rahsia dan tidak akan didedahkan kepada sesiapapun. h) Pegawai Sulh hendaklah menyatakan niatnya kepada pihak-pihak untuk membuat catatan sepanjang Majlis Sulh. i) Pegawai Sulh hendaklah menyatakan kepada pihak-pihak bahawa dia tidak boleh dipanggil di dalam mana-mana prosiding mahkamah berhubung dengan kes itu. |
BAB 4 - PEMBENTANGAN AWAL PIHAK
YANG BERTIKAI
a)
Pegawai Sulh hendaklah meminta Plaintif/Pemohon membentangkan apa yang
dipertikai olehnya, kesan yang timbul dan apa cadangan untuk
menyelesaikannya.
b) Pegawai Sulh kemudian hendaklah meminta Defendan/Responden membentangkan apa yang dipertikai olehnya, kesan yang timbul dan apa cadangan untuk menyelesaikannya. c) Setelah mendengar pembentangan kedua-dua pihak, Pegawai Sulh hendaklah membentuk satu peta konflik untuk mengenal pasti skop pertikaian antara kedua-dua pihak. Untuk tujuan itu, Pegawai Sulh hendaklah mengambil masa secukupnya dan tidak melakukannya dengan tergesa-gesa. Selain menyenaraikan perkara-perkara yang dipertikai oleh kedua-dua pihak dalam peta konflik itu, Pegawai Sulh hendaklah juga mengenal pasti sebab konflik itu timbul, halangan yang ada atau dirasakan ada kepada penyelesaian dan tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai penyelesaian. d) Pegawai Sulh hendaklah menyusun dan mengurus maklumat yang diperolehinya bagi menentukan : –
|
BAB 5 - PERBINCANGAN BERSAMA
a)
Setelah mendengar pembentangan awal kedua-dua pihak, Pegawai Sulh hendaklah
meminta setiap pihak menyatakan pendapatnya tentang perkara yang
dipertikaikan itu.
b) Setelah mendengar pendapat setiap pihak, Pegawai Sulh hendaklah menjelaskan penilaiannya berdasarkan peta konflik yang telah disediakan sebelum ini dan berbincang dengan penuh yakin tentang kekuatan dan kelemahan pihak-pihak dalam kes yang berkaitan dan memujuk mereka menerima penilaiannya. c) Sekiranya kedua-dua pihak secara sukarela bersetuju menyelesaikan pertikaian mereka sepenuhnya, Pegawai Sulh hendaklah menyediakan satu deraf perjanjian penyelesaian yang merangkumi semua isu yang dipertikai d) Sekiranya kedua-dua pihak secara sukarela bersetuju menyelesaikan sebahagian besar pertikaian mereka, sambil rela menggugurkan selebihnya, Pegawai Sulh juga boleh menyediakan deraf perjanjian penyelesaian merangkumi perkara yang telah dipersetujui. e) Sekiranya kedua-dua pihak secara sukarela bersetuju menyelesaikan sebahagian dari pertikaian mereka sahaja, manakala selebihnya yang tidak berkenaan mereka menggugurkannya, Pegawai Sulh boleh menyediakan deraf perjanjian penyelesaian merangkumi perkara yang telah dipersetujui. Mengenai perkara selebihnya yang masih dipertikai, andainya masa untuk sulh tidak ada lagi ataupun pihak-pihak berkenaan tidak mahu meneruskan sulh (walaupun masa masih ada), Pegawai Sulh hendaklah merujuk perkara-perkara tersebut kepada Pendaftar untuk dibawa terus ke mahkamah untuk dibicarakan. f) Kecuali Pegawai Sulh berpuashati bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan secara sukarela, Pegawai Sulh hendaklah memulakan pertemuan sebelah pihak |
BAB 6 - PERTEMUAN SEBELAH PIHAK
(KAUKUS)
a)
Pegawai Sulh hendaklah menjalankan pertemuan sebelah pihak mengikut giliran
yang ditetapkan. Plaintif / Pemohon hendaklah dipanggil dahulu diikuti oleh
pihak Defendan / Responden.
b) Pegawai Sulh hendaklah memperkasakan setiap pihak untuk mengemukakan kes dan cadangan penyelesaiannya. c) Jika mana-mana pihak tidak mampu mengemukakan kesnya secara jelas kerana sebab-sebab tertentu seperti tidak cukup maklumat, tidak ada keyakinan diri, tidak ada kewangan, takut tindak balas, tidak mahir berkomunikasi atau ada kekurangan tertentu, Pegawai Sulh hendaklah bertindak sewajarnya untuk menyeimbangkan keadaan. d) Pegawai Sulh hendaklah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kes setiap pihak dan memaklumkan mereka supaya lebih bersedia untuk bertolak ansur. e) Pegawai Sulh hendaklah mencari ikhtiar penyelesaian dengan menggunakan pelbagai teknik, antaranya seperti berikut :-
f) Pegawai Sulh hendaklah berlaku
adil dan sama rata dalam memperuntukkan masa kaukus.
|
BAB 7 - PERUNDINGAN BERSAMA
a)
Selepas pertemuan sebelah pihak (kaukus) Pegawai Sulh hendaklah mengundang
kedua-dua pihak untuk berbincang dalam sessi perundingan secara langsung
antara satu sama lain. Matlamat perundingan bersama ini ialah mencapai
penyelesaian secara damai berasaskan persetujuan kedua-dua pihak secara
sukarela.
b) Sekiranya perundingan bersama pusingan pertama atau pusingan awal belum mendatangkan hasil yang diharapkan, manakala Pegawai Sulh masih yakin penyelesaian secara damai bukan satu perkara yang mustahil, Pegawai Sulh boleh memulakan pusingan kedua dan seterusnya pertemuan sebelah pihak diikuti dengan perundingan bersama |
BAB 8 - PENGHAKIMAN BERASASKAN
PERSETUJUAN
a)
Di akhir prosedur sulh ini, Pegawai Sulh hendaklah memutuskan sama ada sulh
yang dijalankan ini berjaya sepenuhnya ataupun tidak.
b) Sekiranya Sulh berjaya, Pegawai Sulh hendaklah menderaf satu Perjanjian Penyelesaian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak (sepertimana format dalam lampiran 3). c) Pegawai Sulh hendaklah memastikan bahawa Perjanjian Penyelesaian itu tidak mengandungi apa-apa terma yang bertentangan dengan Hukum Syarak dan undang-undang Negeri yang berkaitan. d) Pegawai Sulh boleh membenarkan mana-mana pihak merujuk kepada peguam masing-masing deraf Perjanjian Penyelesaian sebelum mereka menandatanganinya. Dalam pada itu Pegawai Sulh hendaklah menasihatkan pihak berkenaan supaya jangan mengubah persetujuan mereka kerana dipengaruhi sebaliknya oleh peguam mereka. e) Setelah Perjanjian Penyelesaian ditandatangani oleh kedua-dua pihak di hadapan Pegawai Sulh perjanjian itu hendaklah disampaikan kepada Hakim supaya satu penghakiman berasaskan persetujuan boleh dibuat olehnya. |
BAB 9 - KES DISERAHKAN KEMBALI
Sekiranya
penyelesaian sepenuhnya tidak dicapai tetapi kedua-dua pihak bersetuju
menyelesaikan sebahagian sahaja pertikaian mereka, Pegawai Sulh hendaklah
mempastikan apakah mereka mahukan perkara-perkara yang disetujui itu direkodkan
dalam satu Perjanjian Penyelesaian, manakala selebihnya diserahkan kembali
kepada mahkamah untuk dibicarakan ataupun keseluruhan kes itu diserahkan
kembali untuk pengadilan.
|
BAB 10 - KERAHSIAAN
Pegawai
Sulh hendaklah merahsiakan segala perkara yang dibangkitkan dalam Majlis Sulh
dan tidak boleh mendedahkannya kepada mana-mana pihak termasuklah mahkamah
selepas Majlis Sulh selesai, sama ada ia berjaya atau sebaliknya, kecuali
setakat mana yang dibenarkan oleh Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (SULH)(Wilayah-Wilayah
Persekutuan 1998).
|
No comments:
Post a Comment