Kes Mal


PENKELASAN KES MAL

Terdapat 2 jenis kategori pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:
1. Kes Tuntutan; dan
2. Kes Permohonan.

Kes Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan SAMAN berserta PENYATA TUNTUTAN.

Kes Permohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan NOTIS PERMOHONAN berserta AFIDAVIT SOKONGAN.

Berikut adalah kategori jenis kes :-

KOD
JENIS KES
KATEGORI KES
PERMOHONAN
TUNTUTAN
001
Rayuan
· 

002
Permohonan Kebenaran Merayu
· 

003
Semakan
· 

004
Permohonan Tegahan/Injunksi Membawa Anak Keluar Malaysia
· 

005
Permohonan Tegahan/Injunksi Terhadap Gangguan
· 

006
Permohonan Pengesahtarafan Anak

· 
007
Tuntutan Pengesahan Waqaf

· 
008
Tuntutan Pengesahan Nazark

· 
009
Tuntutan Gantirugi Pertunangan

· 
010
Permohonan Pengesahan/Perintah Nikah
· 

011
Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami

· 
012
Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami
· 

013
Permohonan Pengisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab Pertukaran Agama

· 
014
Tuntutan Fasakh

· 
015
Permohonan Anggapan Mati
· 

016
Tuntutan Muta’ah

· 
017
Tuntutan Harta Sepencarian

· 
018
Tuntutan Nafkah Isteri

· 
019
Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya

· 
020
Tuntutan Cagaran Nafkah

· 
021
Tuntutan Nafkah Eddah

· 
022
Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah

· 
023
Tuntutan Tunggakan Nafkah

· 
024
Tuntutan Nafkah Anak

· 
025
Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak

· 
026
Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak

· 
027
Permohonan / Tuntutan Membatalkan Perintah Nafkah

· 
028
Tuntutan Hadhanah

· 
029
Tuntutan Pemecatan Penjaga Anak

· 
030
Permohonan Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak Yang Belum Dewasa
· 

031
Permohonan Penjaga Anak Yatim
· 

032
Permohonan Pembekuan Transaksi Harta
· 

033
Permohonan Penguatkuasaan Perintah Nafkah

· 
034
Permohonan Pelaksanaan Perintah Mahkamah

· 
035
Tuntutan Ganishmen/Hiwalah

· 
036
Permohonan Perintah Menghina Mahkamah
· 

037
Tuntutan Penghutang Penghakiman

· 
038
Permohonan Perintah Interim
· 

039
Permohonan Pengesahan Wasiat

· 
040
Permohonan Sijil Faraid / Akuan Pusaka
· 

041
Permohonan Interlokutori
· 

042
Permohonan Faraq Nikah

· 
043
Permohonan Keluar Islam
· 

044
Permohonan Pengesahan Hibah

· 
045
Permohonan Pengesahan Hibah Semasa Maradul Maut
· 

046
Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab/Ahli Waris

· 
047
Permohonan Mendakwa/Membela Sebagai Orang Miskin
· 

048
Permohonan Interplider
· 

049
Tuntutan Gantirugi Perkahwinan

· 
050
Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur
· 

051
Permohonan Wali Hakim/Am
· 

052
Tuntutan Wali Enggan/Engkar
· 

053
Permohonan Kebenaran Bernikah Perempuan yang bercerai tanpa eddah / Janda Berhias
· 

054
Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai

· 
055
Tuntutan Perceraian

· 
056
Tuntutan Khuluk / Tebus Talaq

· 
057
Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik

· 
058
Tuntutan Sabitan Nusyuz

· 
059
Tuntutan Hak Tempat Tinggal

· 
060
Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula

· 
061
Permohonan Pengesahan Rujuk

· 
099
Lain-lain



Prosuder Pengurusan Mal



1) Prosedur pengurusan permohonan memfailkan kes sama dengan permohonan di Mahkamah Rendah di para 1.1 berdasarkan :-
  • kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;
  • kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;
  • hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali;
  • permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh;
    sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.
2) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan.

3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan dengan;
  • baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;
  • pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
  • jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;
  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;
  • Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;
  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
    1. jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,
    2. Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,
    3. Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.
  • Hakim jatuhkan hukuman.
4) Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan dengan;
  • dengar pemeriksaan utama saksi Pendakwa Syarie;
  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;
  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;
  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara;
    iaitu
    1. memberi keterangan bersumpah;
      atau
    2. memberi keterangan tidak bersumpah;
      atau
    3. berdiam diri.
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);
  • Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;
  • Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;
  • Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.

2 comments:

  1. Tuan, saya rasa prosedur yg dinyatakan di atas adalah prosedur jenayah.

    ReplyDelete
  2. Tuan, saya rasa prosedur yg dinyatakan di atas adalah prosedur jenayah.

    ReplyDelete

Staff MRSSI 2012

Staff MRSSI 2012